Quantcast
Channel: Spices Journey
Viewing all 44 articles
Browse latest View live

ROTI TELUR SEMPOi JER.. :)

$
0
0


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Apa khabar semua?? Tentu seronok berhujung minggu dengan keluarga tercinta. Saya minggu agak sunyi rasanya, anak tunggal pengarang jantung saya tu tak balik. Hubby pun sibuk dengan berbagai bagai urusan, tinggallah saya sebatang kera kat umah semalam.. Pandai pandailah layandiri untuk hilangkan boring dan rasa rindu yang amat sangat ni. Pantang lalu book store jugak sekarang, mesti ada buku yang sangkut buat mengisi masa masa yang terluang. Layan jugak nengok gambar gambar masakan yang mengancam tu. Untung untung boleh jadi pembakar semangat nak memasak selain dapat belajar sikit sikit cara dorang amik angle untuk snap picture makanan yang mengancam tu. 




Mood nak masak pun tak berapa nak ada. Beli roti sebuku aritu pun susah nak habis sampai kena masuk dalam fridge supaya tahan. Nak dibuang sayanglaa pulak rasanya. Susah hubby kita cari rezeki kann.. Jalan yang paling mudah dan paling cepat dapat makan, buat ROTI TELUR ni jerlah. Dulu kalau Farrah ada, dialah yang rajin buat ni. Kalini bila dah tinggal sengsorang kenalah godek sendiri.. Sempoi jer.. Saya ceritalah jugak yer walau sesapa pun memang dah tau membuatnya. Saja, untuk ilangkan kebosanan saya isikanlah dengan bermain dengan kamera dan menulis di sini.




BAHAN BAHAN :

5 keping Roti Wholemeal
2 biji Telur Ayam
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih
Sedikit Serbuk Oregano
Secubit Garam
Sedikit Minyak Zaitun/Margerin


Satukan semua bahan di atas kecuali minyak zaitun. Pukul hingga sebati dan kembang sedikit. Panaskan non stick pan dan renjiskan dengan sedikit minyak zaitun. Celupkan roti ke dalam bahan telur yang telah dipukul tadi kedua dua belah. Goreng di atas pan dan di balikkan hingga garing dan masak sekata. Angkat, dan ulangi hingga habis. Enak dihidangkan bersama salad atau apa juga yang menjadi kegemaran memasing. Sangat sesuai dijadikan juadah sarapan pagi atau minum petang. Selamat Mencuba.. (",)




Roti telur ni memang peberet kami adek beradek sejak kecik dulu. Ingat lagi, kalau Mak buat dulu memang berebut rebut kami makan. Sebuku roti tu memang confirmlah tak cukup. Masa tu mana ada Roti Gardenia bagai ni kann.. Roti Benggali tu jer Mak buat, siap kena potong dua lagi roti tu.. Manisnya kenangan zaman itu. 

Minggu depan saya mungkin tak dapat bersiaran sangat. Saya nak balik kampung nengok Mak saya nak operate matanya yang mengalami pendarahan. Doakan Mak saya yer.. Mudah mudahan operation tu berjalan dengan lancar dan Mak boleh pulih segera. Ameenn.. 




Chop! Chop!.. Nak share happines dengan kengkawan jap.. Pencapaian paling cemerlang untuk tahun ni agaknya.. Koleksi Beg 'Jurulatih' buatku pemberian dari Encik Hubby, my habibi. Terima kasih yang tak terhingga dan syukur atas rezekiMU Ya Allah. Dalam hati ada taman derr.. ;)




SPICES JOURNEY @ AROMA FEBRUARY 2013

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin Allah kita bersua lagi di laman ini. Saya nak berkongsi sedikit dengan teman teman kegembiraan saya. Setelah sekian lama saya berkecimpung dalam dunia masakan ni, buat yang ke sekian kalinya barulah munculnya di Majalah AROMA keluaran Februari ni. Actually, beberapa kali juga saya dirisik risik oleh beberapa pihak majalah tapi tulah.. medang jer saya tak sempat nak submit b4 dateline tu. Al maklum jerlah saya ni dengan dunia kelam kabut sentiasa. Tah apa yang  sibuk sangat pun tak taulah. Owhh.. pernah jugak sekali di dalam MAJALAH JELITA MEI 2012 di ruangan blogger masakan. 




Segalanya bermula dari sebagai hobi dan saja suka suka dengan teman teman rapat. Pada awalnya, nak mengarang recipe pun saya tak pandai. Siap cakap pada kengkawan yang bertanya tu, "Saya masak mana ada recipe, semua main cekup cekup dan cecampak jer".. hehee.. Lepas tu bila ramai yang mula menanya recipe saya pun bagilah recipe yang ala ala boleh paham dibaca orang dan tanpa disangka teruslah berpanjangan hingga ujudnya blog SPICES JOURNEY ni. Terus terang cakap, semua ini adalah hasil dari galakan dan sokongan teman teman sendiri walau tak kurang juga dengan berbagai dugaan dan cemuhan yang saya terima. Takperlah.. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jauh dalam lubuk hati saya ni, tak lain hanya berniat untuk berkongsi ilmu masakan yang saya tahu serba sedikit dan ingin memanjangkan sedeqah semampu saya. Insyaallah.. Selagi diizin Allah SWT..




Terima kasih juga pada adek manis Siti Dimiati Awe' selaku Editor yang telah memberi ruang untuk mengetengahkan 18 jenis recipe saya dan penuh sabar menanti. Bukan apa, masa tu saya baru jer lepas pindah. Semua barang barang tah ke mana mana letaknya dengan UNIFI belum sempat berpasang. Nak email pun terpaksa mintak tolong hubby send dari office dia. Tapi tulah, kalau segala dah menjadi ketentuannya, memang apa jua rintangan dapat dihadapi. Cuma RALAT sikit sebab ada satu page tu tersilap masuk gambar. Boleh refer balik dalam blog saya yer pada N3 MOIST CHOC CHEESE CAKE dan STRAWBERRY GLAZE PIE untuk gambar sebenar. Recipenya betul, cuma gambar jer tersilap. Biasalah kann.. Selagi bernama manusia, pasti tidak lari dari membuat kesilapan. Kita semua manusia biasa dan pihak AROMA juga berjanji akan membetulkannya pada edisi keluaran akan datang.




Pada kengkawan yang berminat bolehlah dapatkan Majalah AROMA di parasan sekarang. Saya dimaklumkan oleh pihak AROMA agak laris jugak jualan bulan ni. 2 hari yang lepas jer saya call tanya, dia cakap dah tinggal 10 naskah kat office tu. Harini tak taulah ada lagi ker tak. Alhamdulillah Majalah AROMA semakin dikenali umum dan demand semakin tinggi nampaknya. Tahniah pada keseluruhan team juga atas kerja keras anda. Saya share sebahagian dari recipe yang telah discan dari majalah ini.




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blogger dari DAPUR IBUNDO yang juga telah bersama dengan saya dalam majalah ini. Recipe dari bundo tak kurang juga menarik dan melelehkan air liur saya sentiasa. Moga bundo juga terus sukses dan bersemangat menghasilkan recipe yang mantoppp.. :)




KUIH LAPIS PEBERET FARRAH

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Last weekend nakdara saya balik, cuti panjang kann.. dari Maulud Nabi sampailah ke Thaipusam. Seperti biasa, bila anak balik pasti kita sebagai ibu nak jugak buat atau masak makanan kegemaran mereka. Farrah memang sedari kecik suka sangat makanan KUIH LAPIS. Sebelum ini pernah juga beberapa kali saya mencuba buatnya dan sering juga memperolehi kegagalan. Adakalanya keras sangatlah dan adakalanya pula lembik sangat sampai kena makan ngan sudu.. hehee.. Tapi dek kerana Farrah suka sangat dia sudukanlah juga, langsung tak terbuang.




Saya tak pernah putus asa dan terus mencuba mencari resepi yang terbaek demi anak. Saya pun memang suka jugak makan kuih ni dari kecik lagi, tu yang menurun kat Farrah agaknya. Dulu selalu makan yang Mak buat. Memang sedap betul yang Mak buat tapi masalahnya cam biasalah, Mak masak mana ada recipe dengan sukatan yang betul. Dia main lebur jer pun dah jadi elok dan sedap. Tangan orang lamalah katakan, cuma yang saya tau Kuih Lapis Mak banyak guna tepung beras. Tetiba masa saya skodeng blog MAMA SARA NUR saya terpandang akan resepi Kuih Lapisnya yang agak memenuhi citarasa saya. Saya pun terus amik recipe yang asalnya dari Kak Ann, PERIUKTANAH. Alhamdulillah, setelah mencuba memang sangat berpuas hati dan mudah membuatnya. Terima kasih banyak banyak buat Mama Sara Nur dan Kak Ann, inilah recipe yang saya cari selama ini. Cuma ada sedikit yang saya adjust mengikut kesesuaian dan citarasa saya. Saya mohon share di sini recipenya buat rujukan saya, anak saya nanti dan juga teman teman yang berminat dengan KUIH LAPIS yang sangat sedap ini.


BAHAN BAHAN :

3 cawan Tepung Beras
6 sudu besar Tepung Gandum
6 sudu besar Tepung Jagung
6 cawan santan dari 1 biji Kelapa
1 1/4 cawan Gula Kaster
1/2 sudu teh Garam Halus
Sedikit Pewarna Merah
Sedikit Perisa Ros




CARA CARA :

Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan. Masukkan sedikit perisa ros dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan satu lagi biarkan pada warna asalnya.

Lenserkan bekas yang bersesuaian dengan sedikit minyak. Dengan sukatan 1 cawan metrik tuangkan adunan merah atau tanpa warna dulu yang mana suka ke dalam loyang atau bekas pilihan. Tutup kukusan dan kukuskan selama lebih kurang 10 minit atau hingga lapisan itu masak. Jika disentuh dengan jari, ia tidak melekat tu masaklah sudah. Kemudian tuangkan lapisan kedua dengan perlahan lahan pada sukatan yang sama, 1 cawan juga dengan warna yang berlainan dan kukus lagi. Ulang proses hingga habis dan pastikan diakhiri dengan warna merah. 

Setelah lapisan terakhir masak, buka tutup kukus dan biar ia terus mengukus dengan keadaan tidak bertutup selama lebih kurang 10-15 minit. Ini bertujuan untuk mengeringkan lebihan air yang ada di permukaan kuih. Sejukkan betul betul sebelum dipotong. Jika dipotong panas panas nanti tak cantik rupanya. Bagi saya kuih lapis yang perfect adalah yang boleh dimakan selapis selapis camni. Selamat Mencuba..





RENDANG KACANG NISMILAN

$
0
0

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. :)

Agak lama jugak saya tak menghapdet blog ni. Tu tandanya dapo tak berasaplah.. hehehh..  Bila nakdara tu takder saya jarang masak. Nak makan pun takat dua mulut, macam tak berbaloi rasanya. Tah macam mana dok belek belek SD card terjumpa pulak gambar Rendang Kacang. Teragak pulak nak masukkan kat sini.




Rendang Kacang Nismilan ni maksudnya asal dari Negeri Sembilan. Memang cukup popular terutamanya jika ada majlis kenduri kendara. Ayam dijadikan masakan lain, manakala isi perut ayam dibuat masak Rendang Kacang ni. Sedap sungguh ni kalau makan ngan nasi pepanas, takyah lauk lain pun takpe. Duhh.. Saya pulak yang terliur ni, jomlah nengok resepinya tapi ni cara sayalah mengikut keselesaan tekak dan perut saya yer..


BAHAN BAHAN :

300 gm Kacang Panjang
500 gm Isi Perot Ayam (Telo, Hati & Pedal)
500 gm Santan Pekat
Segenggam Cili Padi (atau ikut kepedasan memasing) *
2 inci Kunyit Hidup *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
3 batang Serai ~~ dititik
1 keping Asam Keping
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam Secukup Rasa
Secubit Gula ~~ jika suka




CARA CARANYA :

Patah patahkan kacang panjang tu lebih kurang 2 inci. Jangan guna pisau, nanti manis kacang tu hilang. Pesan Mak saya ni, saya pun follow jerlah. Bersihkan isi perot ayam tu, tos dan ketepikan. Tumbuk atau blend semua bahan bertanda (*). 

Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumis dulu bahan yang ditumbuk tadi dengan serai yang dititik hingga garing dan hilang bau cili. Masukkan juga sedikit garam untuk matikan cili tu. Ada orang buat dia tak tumis, saya tumis sebab nak masak dulu cili tu supaya tak pedas sangat. Kalau pedas sangat tak syiok nak meratah ratah sebab saya memang suka ratah sayur ni. Lagipun perut saya sekarang ni tak tahan sangat. Okay, bila dah garing cili tu masukkan isi perut ayam tadi dan goreng sebentar agak separuh masak gitu. Selepas tu masukkan santan pekat dan asam keping. Bila dah hampir kering dan terbit minyak, baru masukkan sayur kacang panjang. Perisakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga sayur agak lembut dan layu. Setelah siap bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. :)



SAMBAL BELACAN vs KARI IKAN SEMBILANG

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.. :)

Pasti semua sedang bercuti panjang kann.. Maklumlah Cuti Tahun Baru Cina. Saya dan keluarga takder plan nak kemana mana, cuma nak berehat jer bersama keluarga. Bukan senang nak dapat peluang untuk berkumpul bersama camni. Ini jugalah masanya untuk saya memasak dan duduk makan bersama sekeluarga. Bak kata omputih Quality Time with Family.. hehehh..

Pada N3 kalini sebenarnya saya nak masukkan cara untuk buat Sambal Belacan atas permintaan seorang anak muda. Maafkan aunty yer, baru ni dapat nak masukkan. Lama dia tunggu dah.. Bukan apa, masa tu aunty tengah sibuk dengan urusan pindah rumah tapi aunty tetap ingat. Setelah segalanya selesai barulah dapat melaksanakannya. Kebetulan menu Kari Ikan Sembilang ni memang wajib ada Sambal Belacan. Kalau tak, tak kick lah kann.. hehee.. Okay jom nengok caner aunty buat.. ;)




BAHAN BAHAN :

5 Tangkai Cili Merah
5 Tangkai Cili Api
20 gm Belacan
2-3 biji Limau Kasturi
1/2 sudu kecil Gula
Secubit Garam

Mula mula bakar belacan tu dulu sedikit hingga nampak kering kelilingnya. Kalau nak goreng pun boleh juga, mana yang rasa senanglah. Patah patahkan cili merah dan tumbuk bersama cili api dan belacan. Kalau nak pedas lagi bolehlah tambah lagi cilipadi tu yer tapi dalam bilangan ganjil. Petua orang tua tua ni.. Aunty follow jer.. Bila cili hampir lumat masukkan garam dan gula dan tumbuk bagi rata. Terpulanglah nak lumat takat mana, kalau aunty dan family tak suka lumat sangat. Suka bila makan tu ada rasa tergigit gigit sikit tu dan itulah juga kelebihan menggunakan lesung batu. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi dan gaul rata. Selamat Mencuba yer sayangg.. :)




Ikan Sembilang ni yang laut punya yer, bukan yang sawah tu. Kalau yang sawah tu saya panggil Ikan Keli. Bezanya boleh dilihat pada ekornya. Ekor Sembilang laut agak tajam pada hujungnya manakala ekor Sembilang sawah atau Keli agak bulat pada hujungnya tu. Sekiranya ada yang ingin mencuba memasak KARI IKAN SEMBILANG ni juga boleh rujuk SINI. Saya dah kongsikan recipe dan petua untuk menghasilkan Kari Ikan yang sedap kat dalam N3 tu. Alhamdulillah dah ramai juga yang mencuba dan memberi feedback yang positif. Checkidauddd!!.. ;)





BLUEBERRY SHORTBREAD BARS

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mendung jer cuaca kat sini, ujan renyai sedari pagi. Syiok betul laa sambil duduk duduk layan suara burung burung berkicauan. Indah sungguh ciptaan Allah SWT.. Subhanallah..

Last few days, masa boring sengsorang saya teringin pulak nak membaking. Saya pun skodenglah kat Pakchik Google nengok apa yang mudah tuk dibuat. Penyudahnya terbekenan ngan BLUEBERRY SHORTBREAD BARS ni sebab nampak mudah sangat nak membuatnya dan saya tau rasanya sedap. Sebelum ni penah makan di hotel hotel. Recipe ni asalnya dalam bahasa inggeris tapi saya cubalah transalate ke bahasa malaysia semampu saya. 




BAHAN BAHAN (Anggaran 12 bar) :

1 1/2 cawan Tepung Gandum ~~ diayak
1/2 cawan Gula Kastor
1/4 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh Garam Halus
Secubit Serbuk Kayu Manis/Cinnamon
Secubit Serbuk Buah Pala/Nutmeg
1/2 cawan Unsalted Butter ~~ yang sejuk
1 biji Kuning Telur
1/2 sudu kecil air sejuk dari fridge
1 cawan Buah Blueberries atau secukupnya




CARA CARA :

Panaskan oven pada suhu 170C selama 10-20 minit.
Satukan semua bahan kering dan gaul rata.
Masukkan Unsalted Butter yang sejuk dan telah dipotong kiub.
Gaul rata dengan menggunakan hujung jari atau mixer tangan.
Kemudian masukkan kuning telur dan gaul rata, juga dengan hujung jari jer.
Renjis renjis kan air sejuk tadi ke atas adunan dan gaul rata.
Adunan haruslah berderai seperti serbuk roti tapi boleh dimampatkan.
Bahagikan adunan dengan nisbah 70:30.
Mampatkan bahagian 70% di dalam bekas pembakar.
Taburkan di atasnya Buah Blueberries secukupnya menutupi permukaan.
Tutupkan permukaan dengan menabur baki adunan yang 30% ke atas buah.
Bakar selama lebih kurang 30-40 minit.
Sejukkan dulu sebelum dipotong.




Mudah jer kann.. Saya dah beberapa kali buat ni, hubby suka sangat. Memang layan betul lah kena ngan Earl Grey Tea peberet saya tu.. Kalau tak percaya, cubalah.. Daaa.. :)



KEK LUMUT DAYANG JACK

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. :)

Semalam duduk duduk tetiba mood mengekek datang. Hmm.. Bila semangat tu sudah mari takleh tunggu lama lama, lambat sikit kang dia kelaut balik. hehehh.. Hampir tengah malam jugalah saya mulakan operasi KEK LUMUT ni. Jam 11.20 malam masuk kukus, pukul 3.20 pagi pulak baru sudah mengukus. Haa.. Sesekali angin giler ku datang kann..

Apa pun memang sangat berbaloi saya menunggu cake ni masak selama 4 jam, sedap betul rasanya. Terima kasih banyak banyak DAYANG JACK @ DAPURKU SAYANG kerana berkongsi resepi yang KEK LUMUT yang sangat sedap ni. Memula tu cuaq jugak bila nengok warnanya yang hijau tu tapi bila saya study bahan bahan dari resepinya, boleh agak mesti sedap rasanya especially bila ada horlick, nestum dan serbuk badam itu. To be frank, lama jugak dah saya menanam semangat untuk mencuba Kek ni tapi tahlah nape asyik postpone jer. Bahan bahannya pun kalau tak silap ada dua bulan dah terperap kat dapo tu. Siap hangkut masa pindah tu lagi, seb baik tak rosak. Saya mohon untuk share resepinya di sini yer Dayang untuk rujukan saya di masa akan datang dan juga teman teman lain yang ingin mencuba.




BAHAN BAHAN :

10 biji Telur Gred A
450gm Butter Berkualiti Tinggi (Golden Churn or SCS)
3/4 cawan Gula Kastor 
2 cawan Nestum (dikisar halus)
1 cawan Serbuk Almond
1 cawan Serbuk Horlicks
1 cawan Tepung Hongkong (diayak)
2 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
60 ml Pes Pandan
1 cawan Susu Pekat Manis




CARA CARA :

1.  Sediakan pengukus dan didihkan air. Griskan loyang bersaiz 8" x 8" dengan mentega. Saya guna loyang bercorak Wilton.

2.  Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
 
3.  Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 

4.  Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
 
5.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. Saya satukan terlebih dahulu semua bahan ini dan gaul rata.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil. 

7.  Kukuskan selama 4 jam. Tambah air panas mendidih jika hampir kering. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 





~~ SELAMAT MENCUBA ~~



MLCP AYAM KAMPUNG NISMILAN

$
0
0


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya tak berapa sihatlah arini tapi dah tak larat nak dok terbaring jer. Asal makan ubat jer laloq, buhsan sungguh. Makanya saya hadaplaa lappy buruq ni cuba cuba hapdet sikit pulak.

MLCP atau Masak Lemak Cili Padi Ayam Kampung ni saya masak masa Farrah balik cuti aritu atas permintaan dia jugaklah. Beria ia dia makan, memang betul betul teringin nak makan lah tu gamaknya. Haishhh.. mata ni dah pejam celik, pejam celik laa pulak, gara gara ubat batuklaa ni. Saya go straight to the point jerlah, ke recipenya.




BAHAN BAHAN :

1 ekor Ayam Kampung
Segenggam Cilipadi ~~ boleh adjust
2 inci Kunyit hidup
Serai dalam 5 batang ~~ dititik
3-4 biji Kentang ~~ dibelah 4
1-2 helai Daun Kunyit ~~ disiat siat
400 ml Santan kotak ~~ Ayam brand
500 ml Air atau secukupnya
1 keping Asam Keping
Garam secukup rasa




Mula mula kisar atau kalau rajin nak tumbuk lagi sedap, cilipadi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, cilipadi dan kunyit yang telah dikisar tadi, serai, halia, air, dan sedikit santan dulu supaya tak terbersin bersin kita dgn bau ciliapi tu nanti. Jerang atas dapur dan masak hingga ayam tu empuk dan lembut. Kalau tak empuk lagi, bolehlah ditambah lagi Air dan sambung merebus lagi. Bila ayam dah lembut, masukkan ubi kentang dan masak hingga agak empuk.

Selepas itu baru kita masukkan kesemua santan, asam keping, garam secukup rasa dan biarkan mendidih seketika. Siat siatkan daun kunyit tadi dan masuk ke dalam gulai tu. Jangan masak lama sangat bila dah masuk santan nanti dia terbit minyak tak cantek gulai kita nanti. Api pon jangan kecil dan jangan besar sangat juga.. Yang sedang sedang ajer~~ Kalau kecil sangat nanti dia cam terbit minyak, tak jadi camtu.. Kalau besar sangat pulak, takut pecah minyak. Cam banyak lak songelnya kann.. hehee.. tapi taklah.. Jangan risau, senang jer.. Lagi satu, kalau MLCP original Nismilan atau Negeri Sembilan ni memang tiada penggunaan bawang langsung tapi sangat sedap. Kalau tak percaya, Cubalah.. :)




SUP AYAM KAMPUNG KOWWW..

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. :)

Haiiiiii... Watper tu? Arini saya rasa cam dah boring nak dine out. Rindu pulak kat my dapoq sweet dapoq tu. So just something yang simple untuk dinner kami berdua saya buatkan Sup kow koww punyer makan ngan roti. Sedap jugak sesekali makan camni. Pecah peluh jugak dibuatnya, nak pulak dengan tekak yang tengah tak berapa sedap ni. 

Cara saya buat sup ni mudah jer dan tak semestinya guna ayam kampung, ayam bandar pun boleh. Kebetulan stock ayam kampung masih ada sikit dalam peti sejuk tu, saya buat jerlah. Roti tu pulak kita bakarlah sikit baru sedap. Dalam picture kat sini, roti tu belum dibakar sebab kalau saya bakar awal awal nanti bila tiba masa dinner dia dah keras atau liat. Sebaiknya dibakar ketika hendak dimakan. Kalau nak tau resepi dan cara sempoi saya memasak sup, Jom checkidauddd.. ;)




BAHAN BAHAN :

1 ekor Ayam Kampung ~~ dipotong kecil
2 sudu besar Rempah Soto Tok Mak atau Rempah Sup
2 inci Halia *
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
3-5 ulas Bawang Merah *
1 sudu besar Lada Putih *
1 batang Carrot size sederhana
2 biji Ubi Kentang
1-2 biji Buah Tomato
2-3 helai Daun Bay
Sedikit Cauliflower
Sedikit Daun Sup & Daun Bawang
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Minyak utk Menumis
Sedikit Kayu Manis, Bunga Lawang & Buah Pelaga
Secubit Gula ~~ Jika Suka
Garam Secukup Rasa
Air Secukupnya




CARA CARANYA :

Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil dengan tepung gandum. Saya rendam sekejap juga dengan air kunyit untuk menghilangkan bau ayam tu. Kemudian toskan sebentar.

Tumbuk semua bahan bertanda (*) hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Selepas itu masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan goreng hingga keperangan. Masukkan pula Rempah Soto Tok Mak atau Rempah Sup dengan sedikit air dulu dan goreng sebentar hingga naik bau. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam dulu. Selepas itu, masukkan ayam dan biarkan masak sebentar bersama rempah.




Kemudian masukkan air secukupnya, daun bay, daun sup, sebahagian dari carrot yang telah dipotong dan buah tomato yang dibelah 4. Buah tomato tu dibuang kulit dan bijinya. Kita masukkan carrot dan tomato awal semasa mereneh ayam ni adalah untuk mendapatkan rasa manis dari carrot dan rasa masam dari buah tomato supaya mesra dalam kuah sup tu nanti. Teruskan mereneh hingga ayam masak. Saya guna ayam kampung ni agak lama sikit kena masak hingga lembut. Tambahkan air jika perlu.

Bila ayam dah masak dan lembut, bolehlah masukkan ubi kentang yang dibelah 4 atau berapa jer yang suka dan sebahagian lagi carrot yang telah dipotong. Bila ubi kentang dah empuk perisakan dengan garam secukupnya. Jika suka boleh juga masukkan secubit gula. Akhir sekali, masukkan cauliflower dan taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Hidangkan ketika panas. Bagi hubby saya, mestilah kena ada sambal kicap bagi hidangan sup ni. Barulah ada kick.. Selamat Mencuba.. :)



KUIH KOLE KACANG PUJAANKU

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hmmm.. Duduk duduk tetiba tekak ni punyalaa teringin nak makan kuih tradisional kita Kole Kacang tu. Lama jugaklah memendam rasa, ni dah takleh pendam lagi terpaksalah kayuh jugak. Banyak kali jugak saya beli dari beberapa penjual tapi rasanya amat mengecewakan. Pernah sekali tu sampai tak tertelan langsung rasanya. Kecewa betul saya rasa masa tu. Akhirnya saya tekad nak cari jugak resepi yang memang saya tau sangat sedap dan cuba untuk buat sendiri. 

Resepi ni asalnya dari jiran kat umah Mak saya yang sememangnya dari dulu berniaga kuih muih. Semua kuih jualannya memang sedap sedap belaka. Dulu kalau teragak nak makan saya order jer, tak pun Mak yang buatkan. Sekarang ni Achik yang jual kuih tu pun dah tak larat. Mak saya pun lebih kurang jugaklah, semakin uzur. Rasanya dah tibalah masanya saya belajar buat sendiri kann.. Alhamdulillah setelah beberapa kali menalipon Achik tu dan jugak Mak saya bertanyakan resepi dan cara membuat Kole Kacang yang sangat sangat saya gemari ni, jadilah jugak dan dapatlah ilang kempunan saya. Pada kengkawan yang menantikan resepinya dengan penuh sabar tu, mehlah saya story yer.. Jom jomm kita pi dapoq.. (;




BAHAN BAHAN :

2 cawan Tepung Kacang Hijau BABAS
3 biji Kelapa jadikan ~~ 5 cawan Santan Pekat
                                ~~ 10 cawan Santan Cair
2 cawan Gula Merah
1 cawan Gula Pasir
2 cawan Air
Beberapa helai Daun Pandan
1/2 sudu kecil Garam Halus




Dalam periuk kecil satukan 2 cawan gula merah, 1 cawan gula pasir, 2 cawan air dan 1-2 helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Boleh kurangkan gula pasir jika tak nak manis. Ikutlah citarasa memasing yer. Masak hingga gula larut dan mendidih seketika. Sejukkan sebentar dan tapiskan.

Selepas itu kita buatkan Tahi Minyak pula. Masukkan 5 cawan santan pekat dari perahan pertama ke dalam kuali bersama 1-2 helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Masakkan hingga kering dan terbit minyak hinggalah terbentuknya yang kita panggil Tahi Minyak tu. Dikacau sentiasa supaya tidak hangit di sebelah bawahnya dan masak sekata. Bila sudah berubah ke warna keperangan, matikan api dan tapiskan. Kita ambil tahi minyaknya saja dan ketepikan dulu.




Kemudian bancuh sekali 2 cawan tepung kacang hijau, 10 cawan santan cair, 1/2 sudu garam halus bersama air gula merah dan gula pasir yang kita masak dan tapiskan tadi. Gaul hingga sebati dan tapiskan supaya tidak ada tepung yang bergentil. Masukkan 1-2 helai daun pandan yang disiat dan disimpul dan masak dengan api perlahan. Sentiasa dikacau supaya tidak bergentil adunan itu. Masak terus sambil mengacau hingga pekat dan berkilat. Akhir sekali, tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan taburkan tahi minyak ke atasnya. Jika suka boleh juga dititis titiskan sedikit minyak yang ditapis tadi ke atas kuih untuk melembabkan dan mencantikkan lagi rupanya agar nampak berkilat. Sejukkan dulu betul betul sebelum dipotong. Selamat Mencuba.. (",)





EGG MAYO CIABATTA

$
0
0


Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu buat semua yang singgah di laman ini. Minggu ni anak dara saya balik, memang terasa seronoklah. Seawal pagi saya dah sediakan sarapan buat kami bertiga tapi yang sempoi jerlah. Cuma sekadar Egg Mayo Ciabatta tetapi agak mengenyangkan jugalah. Roti Ciabatta tu saya beli dari JAYA Groceries, senanglah ceritanya kann.. hehee.. Walaupun cerita senang dan sempoi nak jugaklah stori sat kat sini. Nak buat caner, dah memang hobi saya amik gambar makanan. 




BAHAN BAHAN :

2 buku Roti Ciabatta
5 biji Telur Ayam
1 sudu besar Butter
1 sudu Besar Mayonis
1/2 biji Bawang Besar Holland 
Secubit Garam
Secubit Serbuk Lada Hitam
Sedikit Salad




CARA CARANYA :

Rebus telur hingga masak, angkat dan rendam dalam air sejuk untuk memudahkan dikopek kulitnya. Sambil tu kita cincang halus bawang besar holland yang bewarna kuning. Lenyekkan telur separuh hancur dan gaul rata bersama bawang cincang, mayonis, butter, garam dan serbuk lada hitam.

Panaskan sebentar Roti Ciabatta. Kemudian potong dua atau apa jer size yang anda suka dan belah tengahnya. Lapiskan dengan bahan telur tadi dikuti dengan Salad dan bolehlah terus dihidangkan. Mudah jer kann.. Walaupun nampak mudah tapi cukup cukup menyenyangkan. Roti Ciabatta ni dia padat, padat jugaklah jadi perut kita.. hehehh.. Okaylah.. Selamat Mencuba.. (",)





TERIMA KASIH SEKALI LAGI 'AROMA'.

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA.. :)

Alhamdulillah 8 jenis recipe saya dikongsi di MAJALAH AROMA Keluaran bulan MAC ini. Kalini ni bergandingan dengan adeq QASEH HONEY dan beberapa Chef lain. Tahniah yer QH cayang.. Adeq memang berbakat besar dan nampak sangat bersungguh dalam setiap sentuhan yang dipersembahkan. Keep it up!. Semoga terus berjaya di masa akan datang.




Seperti yang saya maklumkan, pada MAJALAH AROMA KELUARAN BULAN FEBRUARY lepas ada sedikit 'RALAT' atau kesilapan pada gambar masakan saya. Jadi seperti yang dijanjikan pihak AROMA telah menyiarkan kembali iaitu resepi CHOC MOIST CHEESE CAKE dan STRAWBERRY GLAZE PIE. Terima kasih banyak banyak kepada adeq SITI DIMIATI AWE selaku Editornya yang telah membuat pembetulan dan juga sentiasa memberi ruang buat saya. Paling saya suka, bulan ni saya dapat masukkan gambar saya dengan anak tunggal saya FARRAH NUR SHAFIENY. Mudah mudahan dapat membakar lagi semangat dia untuk ke dapor tu. Senanggg sikit ibu dia.




Pada kengkawan yang berminat, bolehlah dapat di kedai kedai buku berhampiran. Kena cargas taww.. kalau lambat saya tak gerenti boleh dapat ker tak. Masa gi cari kat Bukit Jelutong ni semalam dah tinggal 2 naskhah terakhir jer. Achee kedai buku dan sokkabor tu cakap, "Ini buku banyak laku, banyak cepat sudah habis".. hehee.. chomel jer Achee tu.. Kisah benar ni, saya tak bohong.. Makanya, dek permintaan yang sangat tinggi saya harap dapatlah pihak AROMA print lebih banyak lagi, tambahkan lagi jumlah terbitan setiap bulan. Bayangkanlah, baru minggu pertama di awal bulan Majalah ni dah habis di pasaran. Apa pun, ini cuma pendapat saya jerlah tapi rasanya tak salah matematik saya tu kann.. hehehh..




Akhir kata, pada teman teman yang sentiasa menyokong dan memberi perangsang.. Jasa kalian semua tidak pernah saya lupakan. Insyaallah saya akan terus berkongsi ilmu yang saya ada selagi termampu dan terdaya. Jumpa lagiiii.. Love uol sangat sangattt.. Muahhhh.. Daaa..



NASI TOMATO & THE GANG

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Last weekend anak saya yang tersayang tu balik setelah 2 minggu. Bila dia balik memang ada jerlah menu yang dikarangnya. Kalini dia cakap nak makan NASI TOMATO dengan KURMA TULANG. Tulang tu bukanlah tulang semata, banyak jugak isinya. Memang itulah kombinasi peberet dia kalau makan nasi tomato ni. Sekali bila difikir fikirkan macam alang alang jer saya nak masak tuk kami tiga beranak, hubby pun jemput teman rapat kami yang tinggal berhampiran join us sekali for dinner. Hmm.. seronok dan bersemangatlah jugak nak memasaknya. Kalau tak, saya ni dengan penuh perasaan membuat cuma takat nak masak nasi 2 pot beras.

Bila tetamu kami tu confirmed jer dapat datang, saya pun tambah lagi satu menu AYAM GORENG BEREMPAH sebab anak dia tu kalau makan mesti nak kena ada ayam. Bebudak kann.. tak pernah jemu ngan ayam. Selain tu gang yang wajib ada Acar Mentah. Resepi ni semua sebenarnya saya dah pernah berkongsi pada N3 yang lepas tapi takperlah, saya kopipes balik kat sini tapi maaflah gambar agak kurengg sikit sebab ada yang disnap pada sebelah malam. Saya ni cukup lemah bila nak amik gambar makanan sebelah malam ni. Pada awalnya saya memang tak plan nak share gambar kat sini memandangkan semuanya akan siap bila hampir malam. Oleh kerana ada kengkawan yang nak kan recipe saya letaklah jugak tapi ni jerlah rupa yang terbaik dan sempat saya rakamkan.




~~ NASI TOMATO ~~

BAHAN BAHAN :
5 pot rice cooker Beras Basmathi
7 pot rice cooker Air Rebusan Ayam
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris
5 ulas Bawang Merah ~~ dihiris
3 ulas Bawang Putih ~~ dihiris
1 inci Halia ~~ dimayang halus
2 btg Serai ~~ dititik
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
Sedikit Daun Pudina ~~ klu takder, tak best
Sedikit Daun Ketumbar atau Daun Sup ~~ yg mana suka
100 ml Tomato Puree ~~ Saya guna Kimball
200 gm Susu ideal
Garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
Sedikit Minyak utk menumis + 2 sudu besar Minyak Sapi
Sedikit Kulit Kayu Manis dan Bunga Lawang

Rendam sebentar beras basmathi dengan sedikit garam dalam 10 minit, bilas dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bahan hirisan, halia, serai dan daun pandan. Kalau suka boleh tumis bersama sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah bahan tumisan sudah bewarna keperangan, masukkan pula tomato puree dan goreng sebentar. Kemudian masukkan air rebusan ayam, diikuti dengan susu ideal. Kacau rata dan masukkan pula beras. Masukkan juga daun pudina dan tutup periuk. Kemudian biarkan saja ia masak dlm rice cooker. Sesekali dikacau perlahan agar masak sekata. Jangan terlalu kerap mengacau nanti nasi tu hancur dan tak cantik jadi rupanya.

NOTE : Kuantiti Air Rebusan Ayam tu bergantung juga pada jenis beras yer. Saya guna Beras Basmathi Superlong Jasmine.




~~ KURMA TULANG TUMIS DARAT~~

BAHAN BAHAN :
1 kg Tulang Rusuk Lembu
3 sudu besar Rempah Kurma 
1 biji Bawang Besar *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
1 sudu besar Lada hitam  ~~ ditumbuk kasar
100 gm Buah Badam/Almond ~~ dikisar halus
100 gm Buah Gagus ~~ dikisar halus
200 gm Susu ideal 
1-2 sudu besar Jus Limau Nipis atau Lemon
5-6 biji Ubi Kentang ~~ size kecil
3 biji Bawang Besar 
2 batang Carrot ~~ dipotong kasar
5 btg Cili hijau ~~ dibelah 2
Beberapa tangkai Cilipadi ~~ jika suka
3 biji Buah Tomato
Air Secukupnya 

Tumbuk semua bahan bertanda (*). Rebus tulang daging bersama rempah kurma dan bahan bahan yang telah ditumbuk tadi. Sambil menunggu goreng bulat bulat ubi kentang dan bawang besar dengan api kecil supaya empuk atau masak sepenuhnya dan Ketepikan. Bila daging separuh empuk, masukkan badam dan jagus yang dikisar halus tadi. Teruskan memasak hingga daging tu betul betul empuk dan badam dan gajus tu akan kembang, mesra dan memekatkan kuah. Kecilkan sedikit api dan masukkan carrot dan susu ideal, biarkan masak seketika. Kemudian masukkan cilipadi dan cili hijau. Air jangan banyak sangat, nanti kuah cair, kurengg.. Bila dah mendidih dan masak masukkan jus limau atau lemon tadi. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan bawang besar yang telah digoreng tadi dan juga buah tomato. Kecilkan api atau boleh juga dimatikan sementara kita buatkan bahan tumis darat.


UNTUK TUMIS DARAT :
6-9 ulas Bawang Merah ~~ dihiris nipis
2 ulas Bawang Putih ~~ dihiris halus
Sedikit Kulit Kayu Manis dan Bunga Lawang ~~ klu suka
Sedikit Daun Kari
Setengah cawan Minyak Jagung + 1 sudu Minyak Sapi

Goreng bawang merah dan putih yang dihiris tadi hingga berwarna keperangan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Kemudian tuang bawang dan semua yang digoreng tadi dengan minyak tu sekali ke dalam periuk kuah kurma tadi dan tutup supaya bau dia tak keluar.. Siaplah sudah Kurma Daging tu. Resepi Kurma ni memang dari Mak saya sendiri. Bagi kami nilah cara masak kurma yang paling kami suka, cara tumis darat ni. Lebih wangi dan lebih berperisa. Kalau nak tau keenakannya, kenalah cuba.




~~ AYAM GORENG BEREMPAH ~~

BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam 
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
2 sudu besar Tepung Gandum
2 sudu kecil Garam Halus (ikut citarasa)
Sedikit Daun Kari
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
2 batang Serai *

Bersihkan ayam dan dipotong mengikut pilihan sendiri. Blend semua bahan bertanda (*). Gaul rata bahan yang dikisar tadi bersama cili mesin, serbuk kunyit, garam halus dan daun kari. Masukkan dalam bekas bertutup atau zipper bag dan perap di dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1/2 jam (lebih lama diperap, lagi sedap). Kemudian, bila hendak menggoreng taburkan sedikit tepung gandum dan gaul rata supaya rempah tu melekat pada ayam bila digoreng. Goreng hingga masak dan berwarna keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.




Untuk Dessert pulak saya buat CARROT CUPCAKES dengan CHEESE FROSTING. Teringat pulak kawan saya tu dah berapa kali menyebut nak makan Carrot Cake. Tapi saya buat takat deco sempoi jerlah. Al maklumlah, mengejar masa untuk menyiapkan segalanya. Insyaallah pada next N3 ni nanti saya recipe Carrot Cupcakes dan Cheese Frosting tu. Memang sedap cake ni, saya dah modified dari pengalaman saya yang dah lepas lepas. Tunggu yer.. Banyak sangat pulak nak dibubuh segalanya dalam ni. 

Komentar dari tetamu saya, semuanya sangat sedap.. Alhamdulillah.. Hilang rasanya penat lelah memasak. Pasti sesiapa pun akan berperasaan cam saya, gembira sangat sangat bila tetamu kita really enjoy our cooking kann.. Okaylah.. insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi yer.. Tataa.. :)


CARROT CUPCAKES LATEST VERSION

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap belum terlewat juga untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita buat semua Wanita. Moga terus success dalam apa jua yang diceburi, tabah menghadapi kehidupan ini dan bersama kita menjadi insan solehah.

Seperti yang dijanjikan pada N3 yang lepas, saya akan kongsikan recipe CARROT CUPCAKE versi yang terbaru. Sebelum ni saya pernah juga buat Carrot Cake, boleh rujuk SINI. Based on pengalaman yang lepas lepas saya cuba memperbaiki lagi rasanya mengikut citarasa saya. Alhamdulillah lebih sedap rasanya cuma pada kalini saya memilih untuk membuat dalam cup supaya senang untuk dikendalikan dan juga mudah untuk serve buat tetamu tempohari. So, recipenya as belows (;




BAHAN BAHAN :

300 gm Carrot ~~ di parut halus
250 gm Tepung Gandum 
200 gm Gula Perang 
50 gm Gula Castor
250 gm Butter (cairkan) 
100 gm Kacang Walnut
3/4 cawan Susu Cair  
4 biji Telur Size A
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bicarbonat 
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu manis
1 sudu kecil Serbuk Nutmeg @ Buah Pala




CARA CARA :

Sediakan Cup yang bersesuaian secukupnya. Anggaran dalam 20 pcs size sederhana.

Panaskan oven pada suhu 170C selama 10-15min. Bakar @ Panggang dulu sedikit dalam oven kacang walnut selama lebih kurang 5 minit dan dicincang.

Ayakkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, soda dan baking powder bersama. 

Pukul telur dengan gula sampai gula hancur dan kembang kemudian masukkan butter yang telah dicairkan berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan susu cair dan pukul sebentar. Seterusnya masukkan carrot yang diparut halus dan kacang walnut yang dicincang. Kemudian gaul hingga sekata.

Tuangkan ke dalam cup anggaran dalam 3/4 penuh. Bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing. Sejukkan kek sebentar dulu di atas wire rack sebelum dibubuh Cheese Frosting.




Untuk CHEESE FROSTING pulak saya cuba cara EYNA HANEYNA. Mudah, tak muak sangat dengan rasa cheese cam selalu tu dan juga mudah untuk di deco sebab ada campuran Non dairy Whipping Cream. Terima kasih atas perkongsian Eyna, cuma akak ada adjustkan sikit untuk mendapatkan rasa more Cheesy.


TOPPING CREAMCHEESE WITH FRESH CREAM :

250 gm Cream Cheese ~~ suhu bilik
200 ml Non Dairy Whipping Cream @ Fresh Cream
2 sudu besar Butter ~~ Saya tak bubuh
4 sudu besar Susu Pekat
1 sudu besar Jus Lemon

Pukul Cream Cheese hingga creamy atau berkrim.
Masukkan susu pekat, jus lemon dan pukul hingga sebati.
Masukkan Non Dairy Whipping Cream (FC) yang masih separa beku.
Pukul hingga kental dan bolehlah dilepa atau deco.
Tambahkan pewarna jika suka.




Untuk satu adunan Frosting ni saya dapat banyak jugak. Mungkin bagi cupcake tidak banyak penggunaan hingga cukup untuk saya mendeco sedikit atas Choc Moist Cake yang nak dibawa pulang ke hostel tempohari. Tapi deco atas Choc Cake Farrah tu agak kurang kemas kerana saya nak cepat. Balancenya saya simpan dalam fridge semalaman dan masa saya deco tu Cheese frosting tu masih belum berapa lembut lagi. So, tak berapa cantek ia terbentuk. Apa apapun bagi selera kami sekeluarga dan tetamu saya Cheese Frosting ni memang sedap. Selamat Mencuba.. (",)



TOMYAM SEAFOOD SPAGHETTI

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hmm.. banyak hari juga saya tak menghapdet blog ni. Tahlaa nape mood lemau betul. Asal ngadap jer lappy usang ni nak lelap. Apalah masalahnya agaknya, faktor usia ke faktor cuaca pun tak taulah. hehehh..

Bila dah tinggal berdua ni, kengkadang tu naik buntu gak apa yang nak dimasak. Asyik makan benda yang sama setiap hari pun jemu jugak rasanya. Saya pun sajalah menerai nerai masak Spaghetti menggunakan pes tomyam yang memang dah sedia ada dalam fridge saya tu. Mixed seafood tu saya guna yang frozen dari Jaya Groceries. Tu pun samalah, stock dah dalam simpanan hamba. Apa yang ada jerlah kan.. Sebelum ni saya pernahlah makan Spaghetti gini kat Secret Recipe. Not bad juga rasanya, tu yang saya membuat saya teruja nak membuatnya sendiri tapi resepi ni saya main agak agak jerlah sendiri. Takkan nak mintak dari SR kann.. Alhamdulillah tidak mengecewakanlah, rasanya lagi sedap dari SR kot.. ahakkss.. Masuk lif tekan sendirilaa pulakk.. hehee.. bagi tekak saya laa.. Hubby saya yang sangat cerewet tu pun cakap sedap, kira oklaa gamaknya. Saya meriahkan lagi dengan daun basil yang kebetulan tengah tumbuh subur di laman herba saya tu. Kalau nak cuba, meh sini rapat rapat saya sharekan recipenya.




BAHAN BAHAN :

300 gm Spaghetti
200 gm Mixed Seafood
2 sudu besar Pes Tomyam
1 labu Bawang Besar Holland/Kuning
5 ulas Bawang Putih
5-7 tangkai Cili Padi 
1-2 sudu besar Jus Lemon
1 sudu besar Butter + Olive Oil utk Menumis
Sedikit Brocoli ~~ jika ada
Segenggam Daun Basil/Selasih
Garam Secukup Rasa




Rebus Spaghetti bersama sedikit garam hingga lembut. Tak perlu bubuh minyak zaitun dalam air rebusan tu sebab kita nak masukkan dalam bahan tumisan terus nanti. Dengan cara ini segala rasa akan serap lebih baik ke dalam spaghetti tu. Sambil tu kita bolehlah sediakan pan dan panaskan sedikit minyak zaitun dengan butter untuk menumis. Tumis bawang besar holland dan bawang putih yang dicincang halus hingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan pes tomyam dan cilipadi yang dihiris, masak sebentar. Selepas tu masukkan mixed seafood dan masak hingga masak jer. Tak perlu lama sangat sebab seafood akan liat jika dimasak lama sangat. Perisakan dengan sedikit garam dan masukkan spaghetti yang telah ditoskan. Kecilkan api dan gaul rata hingga bahan tumisan mesra pada spaghetti tu. Taburkan daun basil atau selasih secukupnya dan brocoli yang telah dicelur. Masukkan jus lemon, kacau rata dan perisakan dengan garam secukupnya. Tak perlu banyak sangat garam, rasa dulu sebab kengkadang pes tomyam tu pun sudah ada sedikit garam di dalamnya. Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. (",)






CHEWY GOOEY BROWNIES with HAZELNUTs

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pekabor? Masih yer, pada yang sentiasa singgah dapo saya ni. Alhamdulillah follower pun dah semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mudah mudahan kita semua mendapat keberkatan bersama.

Ujung minggu aritu saya bawak balik anak saya dari asrama, dah tak tertahan betul rasanya rindu kat dia. Rindu nak duduk duduk dan makan makan ngan dia. Sepatutnya dia tak boleh balik lagi, ujung minggu ni baru balik terus cuti sekolah. Saya suruh ayah dia buat surat mintak dia balik jugak, apa alasan nak bagi tu pepandailah yer ayah dia. Walau dah difax surat kebenaran, ayah dia kena jugak menjawab melalui panggilan telefon dari guru sekolah pulak. hmmm.. Sabar jerlah ibu dia ni kann..




Bila Farrah balik, seolah membawa pulang kembali semangat buat saya. Walau seletih mana pun tetap macam macam nak buat dari yang nak makan kat rumah sampailah yang nak dibawa pulang ke asrama. Pada N3 kalini saya sembang dulu pasal Chewy Gooey Brownies yang saya buat. Saya jumpa recipe ni kat blog SURY NUR IRISSYA. Saya teruja nak mencuba sebab saya tau anak saya Farrah tu memang suka sangat apa apa yang bercoklat ni. Tambahan pula bila saya sekolah recipe ni, nampak mudah jer dan bahannya pun dah ada dalam dapoq. Terima kasih yer Sury kerana kongsi recipe ni cuma akak ada derhaka sikittt jer.. Bukan apa, ada tu saja nak clearkan stock sebelum expired. Ada tu pulak akak saja genapkan supaya senang nak ditimbang. Maklumlah timbang akak tu antik betul.. hehee.. Tapi camner pun tetap sedap dan Chewy Gooey.. haaa.. jenuh tergeliat muncong nak nyebutnya.. Kaylah.. meh saya share recipe yang bak kata Sury 'Semudah ABC' tu kat sini pulak. Saya transalatekan juga ke Bahasa kita.


BAHAN BAHAN :

150 gm Butter
200 gm Coklat Masakan  
3 biji Telur Size A
150 gm  Brown Sugar
1 sudu kecil Vanilla Extract
1/2 cawan Susu Ideal
50 gm Tepung Gandum
50 gm Serbuk Koko
50 gm Kacang Hazel




Memula saya cairkan bersama butter, coklat masakan, susu ideal dan serbuk koko dengan kaedah double boiler. Sejukkan sebentar dan Ketepikan.

Kacang Hazel atau apa jer kacang yang nak guna dipanggang sedikit dalam oven. Sementara itu, telur bersama gula perang dan vanilla extract sehingga larut. Saya guna whisker tangan jer. Selepas itu masukkan bahan coklat tadi dan kacau sebati. Selepas itu masukkan tepung gandum yang telah diayak. Pukul terus hingga sebati dan masukkan kacang hazel yang telah dicincang. Saya potong dua jer kacang hazel tu.

Akhir sekali griskan bekas yang bersesuaian atau lapikkan dengan baking paper dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing. Sejukkan sebelum dipotong. Bagi saya, jika dibiarkan semalaman lagi sedap. Enak dimakan begitu jer atau pun bersama eskrem.. Yummmeyyy.. Selamat Mencuba.. :)





OXTAIL TOMYAM aka TOMYAM EKOQ

$
0
0


ASSALAMUALAIKUMMM.. SELAMAT PAGI SEMUAAA.. :)

Pernah tak kengkawan masak menu 'OXTAIL TOMYAM' ni? Wahh.. nama gitu.. barulah curlass sikit bunyinyer.. Jenuh mikir nak bagi nama apa. Nak panggil Tomyam ekoq pun okay gak kann.. Atau ada lagi satu nama lagilaa chomey munyiknyer, Tomyam Muntut.. mueheheee.. suka hatilah nak panggil apa pun Jahh.. I panggil 'Oxtail Tomyam' jerlah, glemer sikit bunyinyer.

Anak saya dak Farrahlah yang tetiba suruh masak menu ni masa dia balik aritu. Dalam kurungan, resepi tertunda lah ni.. hmmm.. Biasalah tu, lately ni tah hape penyakit, malas bebenor nak hapdet blog ni. Lagilaa pulak dengan lappy antik yang tak sudah sudah dok keje hang, bagai nak lelap nunggunya. Memula saya memang ingat nak buatkan sup jerlah sebab selalu tu memang dia suka sangat makan sup ekoq. Tetiba dia boleh sebut, "Buat Tomyam lah ibu".. hmm.. saya ikutkan ajerlah sebab dia yang nak makan. Saya ngan ayah dia memang tak berapa gemor sangat makan ni. Setakat rasa rasa sikit sikit tu bolehlah. Resepinya dengan cara saya sesedap jari jemari ni sempoi jer.. Meh kita sembang.. ;)




BAHAN BAHAN :

1 Ekor @ Oxtail ~~ gm lupalaa plak
2 inci Halia *
1 biji Bawang Besar *
1 sudu besar Lada Putih *
1-2 batang Celery
1-2 biji Buah Tomato
2 sudu besar Pes Tomyam
3 ulas Bawang Putih ~~ diketuk dgn kulit
1/2 inci Lengkuas ~~ dihiris
3-5 batang Serai ~~ dititik
1 labu Bawang Besar Holland ~~ dipotong dadu kasar
Sedikit Daun Limau Purut
Sedikit Daun Ketumbar ~~ saya takder stock
Cauliflower n Carrot ~~ jika ada
Sedikit Cilipadi ~~ ikut citarasa
Garam Secukup Rasa
Jus Lemon atau Limau Secukupnya
Air Secukupnya




Blend atau tumbuk semua bahan bertanda (*) dan rebus bersama ekor yang telah dipotong dan dibersihkan hingga lembut. Tambahkan air secukupnya hingga ianya betul betul empuk. Boleh juga kalau nak masak dalam pressure cooker. Lebih cepatlah masaknya tapi saya tak suka guna walau ada kat dapo tu. Tahlaa, mungkin selera saya kot.. Saya rasa lebih suka masak dengan perlahan, biarkan dia simmer supaya serap segala rasa dan apa jer rempah ke dalam ekor atau apa apa daging. Ikutlah pilihan masing masing yer.

Bila dah empuk, masukkan pes Tomyam dan masak sebentar supaya pes tu mesra dalam kuah dan ekor tadi. Perisakan juga dengan garam secukupnya. Rasa dulu sebab kengkadang pes tu dah ada garamnya jugak. Kemudian masukkan serai yang telah dititik, hirisan lengkuas, carrot yang dipotong kasar dan bawang putih yang diketuk dengan kulit kulitnya sekali. Biarkan dia reneh sebentar dalam 10 minit dan masukkan pula bawang besar Holland yang dipotong kasar, cauliflower, celery dan cilipadi yang diketuk. Akhir sekali siat siatkan daun limau purut dan masukkan ke dalam kauh bersama jus lemon atau limau secukupnya.




Setelah siap bolehlah dihidangkan. Komen dari anak bertuah saya tu, "Lagi sedaplah ibu Ekor ni buat masak Tomyam camni dari Sup yang selalu tu".. Hmmm.. Renung renungkanlah.. So, Akhir kata dari saya.. Pinjam ayat Chef Wan jap, "Selamat Mencuba yer Puan Puann.. (",)



MEE + KUETEOW KARI KETAM

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Banyak hari jugak saya tak sempat ke sini. Sibuk betul cuti sekolah ni melayan dak Farrah. Kalau tak sibuk memasak di dapo, sibuk ngusung dia mengukur jalan. Lepas satu, satu tempat dia ajak pergi. Macamlaa ibu dia ni masih muda remaja, walhal serba serbi dah makin jamm.

Takleh nak bebel pepanjang sangat nampaknya kalini. Kejap lagi saya dah nak ke KLIA tapi bukan saya nak terbang. Nak jumpa teman rapat saya sedari kecik lagi yang nak migrate ke UK. Insyaallah lepas subuh nanti saya dah nak gerak supaya dapat jumpa dia kejap sebelum dia check in. Arini saya teragak nak masak MEE KARI KETAM peberet sekeluarga ni. Kebetulan pulak arini hari selasa memang Ustadz datang mengajar di rumah, saya masakkan sekali jerlah. Alhamdulillah bertambah tambah semua yang makan. Seronok derr.. Dulu saya pernah juga share resepi  MEE KARI ni, lebih kurang jer cuma ada laa sikit sikit perbezaan. 




MEE + KUETEOW KARI KETAM
BAHAN BAHAN :

500 gm Mee Kuning
500 gm Kueteow
50 gm Rempah Kari Seafood jenama MAK SITI 
(klu tkde guna rempah kari daging Babas pun boleh)
6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
3 batang Serai (dititik)
2 ekor Ketam (klu ada budget, nak bubuh lebih pun boleh)
15 ekor udang (ikut suka nak besar mana atau byk mana)
Sedikit Tahu Lampung & Fishball
400 ml Santan kotak (Ayam brand)
1-2 keping Asam Keping
Sedikit Daun Kari
Sedikit daun Pudina & Daun Ketumbar
Sedikit Kulit Kayu Manis & Bunga Lawang 
Air Secukupnya (ikut nak pekat atau cair takat mana)
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam secukup rasa
Sedikit Bawang Goreng
Sayur sayuran pilihan
** Kalau rajin nak kopek kerang, boleh gak buh kerang.. tabur masa nak makan




Mula mula saya rebus dulu udang tu sekejap. Amik airnya, nanti boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kopek sesiap kulit utk ditabur masa makan nanti. Boleh juga siapkan bawang goreng kalau suka. Kalau saya, bawang goreng ni yang paling penting unutk menyedapkan lagi rasanya. Mesti buad sendiri, beli punya kurang sedap. Saya baru dapat petua untuk dari seorang teman fb D Selly Zass untuk membuat bawang goreng yang sedap dan rangup. Ratah ratah gitu pun sedap. Sebelum ni saya hanya tau cara dengan menggaul bawang yang telah digoreng tu dengan ajinomoto untuk mendapatkan hasil yang rangup tapi takutlah pulak kalau dok kucah yang berajinomoto sangat tu kann. Cara yang terbaru dan telah saya cuba ni mudah jer.. Cuma tambahkan lebih kurang 1 sudu kecil margerin ke dalam minyak bila bawang yang kita goreng tu keperangan dan hampir masak. Resepi saya boleh rujuk dalam gambar di bawah.




Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, diikuiti dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar, serai, daun kari hingga kuning keemasan. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah TOK MAK yang telah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes dan masukkan sedikit garam supaya rempah tidak mudah hangit. Goreng rempah dengan api perlahan hingga garing dan naik bau. Pastu bolehlah masukkan ketam untuk dapatkan manis nya. Bagi saya kalau masak kuah mee kari ni, ketam ni paling penting utk menyedapkan rasa kuah tu.. tak dapat banyak, sekor dua yang kecik pun jadilaa.. lain rasa manis kuah tu kalau ada ketam. Okay, masak seketika bersama rempah tu kemudian masukkan air rebusan udang tadi, diikuti dgn santan. Setelah mendidih masukkan sedikit daun Pudina dan daun ketumbar untuk aroma yang wangi. Akhir sekali baru masukkan fishball dan tahu lampung. Senang jer kann.. Saya memang suka masak yang senang senang ni.. hehee.. Pasni bolehlah celur sayur sayur yang nak letak tu dengan sedikit minyak dan garam. Mee dan kueteow tu saya kukus jer. Lagi senang camtu, taklah licin bila nak diangkat nanti dan mee tu pun cantik rupanya. 




Jika suka boleh buat SAMBAL UDANG KERING. Kalau nak buatlah yer, kalau taknak pun takper. Saya memang kena buat, dah permintaan hubby camtu. Camni buat dia, tumbuk halus dalam 1 sudu besar udang kering. Tumbuk juga sekali 3-4 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Kemudian tumis dgn sedikit minyak hingga garing dan kuning keemasan. Pastu masukkan dalam 5-6 sudu besar cili mesin dan goreng hingga garing. Boleh masukkan sedikit air dan garam. Buh sekeping asam keping dan masak hingga kering. Garam jangan bubuh banyak sangat dulu yer, pasal udang kering tu pun masin gak sikit dan nanti kuah mee kari tu pun dah ada garam. Ni cara saya laa yer.. takder sapa ajar pon.. cuma agak agak sendiri ingatkan rasa yang biasa makan kat kedai.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~



31.3.13.. OUR 17th ANNIVERSARY

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat pada hari ini, tanggal 31.3.13 genaplah sudah 17 tahun rumahtangga yang kami bina. Suka jugak pada turutan nombor yang sangat cantik tu. Tak ada apa yang dapat saya ucapkan lagi selain bersyukur pada ALLAH SWT dan berdoa agar kami diberkati, dirahmati dan dilindungiNYA sentiasa. Ameen Ameen Ya Rabbal A'lameen..




Sekadar N3 yang ringkas dulu.. takderlah apa yang special sangat buat hari ini. Maklumlah dengan keadaan yang sungguh kelam kabut dan sungguh sibuk. Mana yang nak siapkan bekalan buat Farrah dan juga mengejar masa nak hantar dia balik ke hostel di Seremban. Kengkawan farrah dari sebelum cuti dah pesan kat dia mintak saya buatkan spaghetti meatball dan pavlova. Farrah cakap, "Kengkawan girl teringin sangat nak makan bu.. dorang tak tahan nengok gambar kat blog ibu".. hehee.. chomel jer anak anak itu. Tak sampai rasanya di hati ini nak menolak permintaan mereka. Buatlah jugak kami bersama.. The best part is, MINI PAVLOVA tu Farrah yang deco sendiri. Ibu dia dah tak terkejar masa dah tadi. Hantam sajalah Labuu.. :)




Buat kami, untuk hari yang indah ini saya hanya buat GREEN TEA & LEMON MARBLE CHEESE CAKE. Kununnyalah.. hikhik.. Tak taulah apa rasanya. Saya tak sempat nak potong dan rasa lagi. Tadi dah bergelut nak keluar, pastu sampai ke rumah ni dah malam. Seramlaa pulak nak makan cheese cake memalam ni kann.. Besoklah saya potong dan rasa. Kalau semenggah, insyaallah pada next N3 nanti saya share recipenya. Saya main agak agak jer base on experience membuat cheesecake yang sudah sudah. Harap harap boleh diterima tekaklah. Okayy.. saya pun nak rehat dulu.. Letehnya bergelut seharian.. Jumpa lagi.. Daaa.. Muahhhhh.. :)






GREENTEA MARBLE CHEESE CAKE

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu mohon maaf kerana agak lewat memasukkan recipe Greentea Marble Cheese Cake ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ni dan kengkadang dah leteh, tak larat nak duduk depan laptop ni lagi. Okaylah.. kita go straight to the point lah yer.. Cake ni saya buat masa ANNIVERSARY saya yang ke 17 pada 31.1.13 aritu. Alhamdulillah hubby cakap sedap dan dia suka sangat. Saya sendiri pun suka pada rasanya yang agak exotic dan tak muak memakannya. Memang saya rekomenlah pada kengkawan untuk mencubanya. Insyaallah tak menyesal.

Ilham untuk membuat cake ni datang dari teman teman blogger dan saya cuba olahkan recipenya dari cubaan saya membuat Cheese cake sebelum ini. Memula suspen jugak takut jika tak boleh diterima tekak rasanya. Sekali bila dah makan, mak oiiii.. takleh nak bentilaa pulak.. Memang memenui citarasa saya dan hubby sebab tak manis sangat. Kenalah pulah dengan gigitan buah buahan segar tu kann.. mmmm.. Yummeyyy.. Kalau tak percaya, certry certry.. (;




BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
60 gm Butter
120 ml UHT Whipping Cream
50 gm White Cooking Choc
5 biji Kuning Telur
1 sudu besar Parutan Kulit Lemon
1/4 sudu kecil Garam
50 gm Superfine Flour
50 gm Tepung Jagung
2 sudu kecil Serbuk Green Tea

BAHAN B :
130 gm Gula Kaster
5 biji Putih Telur
1 sudu besar Jus Lemon




1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter, white cooking choc dan uht whipping cream dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. 

2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.




3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati. Bancuh serbuk green tea dengan sedikit air panas menjadi pes. Kemudian ambil dalam 2 cawan adunan tadi dan gaul sebati dengan pes green tea. Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan adunan asal ke dalam bekas dan diikuti dengan adunan greean tea. Dikacau kacau dengan lidi atau chopstick untuk mendapatkan effect marble.




4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 150C atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.





Viewing all 44 articles
Browse latest View live